IOT atau Peranti Berhubung semakin hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Apatah lagi dengan era 5G yang semakin hampir tiba, kadar pendam masa akan dapat dikurangkan, sekaligus meningkatkan lagi populariti penggunaan peranti berhubung. Pada video kali ini, kami melihat secara ringkas berkenaan apa itu IOT dan contoh-contoh implementasinya. 2.0 INTERNET OF THINGS (IoT) 2.1 Definisi Dalam kepesatan kemajuan teknologi masa kini, jalur lebar internet sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita seharian. Internet of things atau dipanggil IoT, dalam Bahasa melayunya dipanggil sebagai Internet pelbagai benda menjadi satu topik perbincangan yang popular masa kini. Apa yang dimaksudkan dengan IoT ini? IoT ini boleh definasikan sebagai satu jaringan benda fizikal yang mempunyai perisian (software) dan teknologi yang mampu berhubung dengan peranti lain dan betukar-tukar data atau sistem melalui rangkaian internet. Ia juga boleh merujuk sebagai kemampuan untuk memind...
Pengkomputeran awan (cloud computing) dan penyimpanan awan (cloud storage) adalah dua konsep yang berkaitan tetapi berbeza. Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) : Merujuk kepada penggunaan sumber pengkomputeran, seperti pelayan, pangkalan data, rangkaian, perisian, dan analisis, yang disediakan melalui internet. Menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk pengiraan (computing), penyimpanan, analisis data, dan banyak lagi. Contoh perkhidmatan termasuk Amazon Web Services (AWS), Microsoft Azure, dan Google Cloud Platform. Penyimpanan Awan (Cloud Storage) : Merujuk khusus kepada penyimpanan data secara dalam talian yang membolehkan pengguna menyimpan, mengakses, dan mengurus fail mereka melalui internet. Memfokuskan kepada penyimpanan data dan dokumen tanpa memerlukan perkakasan fizikal. Contoh penyimpanan awan termasuk Google Drive, Dropbox, dan Microsoft OneDrive. Secara ringkas, pengkomputeran awan merangkumi pelbagai perkhidmatan dalam awan, manakala penyimpanan awan adalah sal...