Skip to main content

Tak Tahu apa itu IoT (Internet of Things)... Apa yg IoT boleh buat ?


 

IOT atau Peranti Berhubung semakin hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Apatah lagi dengan era 5G yang semakin hampir tiba, kadar pendam masa akan dapat dikurangkan, sekaligus meningkatkan lagi populariti penggunaan peranti berhubung. Pada video kali ini, kami melihat secara ringkas berkenaan apa itu IOT dan contoh-contoh implementasinya.


2.0 INTERNET OF THINGS (IoT)

 

2.1 Definisi

 

Dalam kepesatan kemajuan teknologi masa kini, jalur lebar internet sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan  kita seharian. Internet of things atau dipanggil IoT, dalam Bahasa melayunya dipanggil sebagai Internet pelbagai benda menjadi satu topik perbincangan yang popular masa kini. Apa yang dimaksudkan dengan IoT ini? IoT ini boleh definasikan sebagai satu jaringan benda fizikal yang mempunyai perisian (software) dan teknologi yang mampu berhubung dengan peranti lain dan betukar-tukar data atau sistem melalui rangkaian internet. Ia juga boleh merujuk sebagai kemampuan untuk memindahkan data melalui jaringan internet tanpa perlu hubungan antara manusia dengan manusia atau manusia dengan komputer. Secara ringkasnya IoT ini adalah lanjutan kepada teknologi internet masa kini.  Ia mempunyai kebolehan untuk berhubung dengan peranti yang lain dan membuat tindakan berpandukan maklumat yang diterima.Dan tanpa kita sedari sebenarnya kita terlibat secara langsung dengan sistem IoT ini dalam setiap aktiviti kita seharian.

2.2 Fungsi IoT

 

Sedar atau pun tidak kita sekarang memasuki fasa dimana internet menjadi sumber utama dalam kehidupan kita. Hidup kita terasa lebih mudah dengan dibantu oleh peranti-peranti pintar yang menggunakan internet ini. Tugas kita sebagai manusia ini lebih kepada mengatur serta memerhati sahaja peranti-peranti ini berkerja mengikut apa yang kita inginkan. Selain daripada penggunaan kita di rumah atau pejabat, teknologi IoT ini juga banyak digunakan oleh pihak swasta dan kerajaan dalam melancarkan urusan mereka. Agensi-agensi kerajaan dan swasta ini banyak bergantung kepada IoT bagi meningkatkan produktiviti serta perkhidmatan yang diberikan. Selain daripada itu terdapat beberapa lagi bidang yang mendapat manfaat melalui teknologi IoT ini. Antaranya ialah:

2.2.1 Bidang Pertanian

 

Fungsi utama IoT dalam bidang pertanian adalah mengawasi dan memantau keadaan tanah yang hendak digunakan untuk pertanian. Selain itu, ia juga boleh mengetahui sistem pengairan yang sesuai serta memperolehi data-data berkaitan cuaca semasa dan juga memantau keadaan kesihatan ternakan. Contohnya seperti dalam sistem pengairan, dengan data kelembapan tanah yang diperolehi dengan kaedah IoT ini, sensor akan menghantar maklumat kepada pengkala data dan seterusnya proses penyiraman air akan dilakukan secara automatik tanpa perlu kawalan daripada manusia. Dengan itu kelembapan tanah dapat dikekalkan dan tanaman akan terus subur.

2.2.2 Bidang Perindustrian

 

Dalam perindustrian pembuatan dan pengeluaran, penggunaan teknologi robot dan mesin ini telah banyak digunakan oleh syarikat-syarikat bagi mengurangkan kos tenaga. Dengan rangkaian mesin dan sensor, teknologi ini mampu meningkatkan pengeluaran yang produk yang optimum. Selain itu, teknologi IoT ini boleh membantu dalam pengurusan aset melalui penyelenggaraan yang dirancang, menilai statistik kewangan dan pengeluaran produk. Sistem pintar melalui teknologi IoT ini juga mampu diintergrasikan dengan sistem smart Grid. Ia boleh membuat kawalan secara automatik dalam sesebuah bangunan dengan fungsi yang dikawal oleh sensor dalam sistem rangkaian yang besar. Selain dalam bidang pembuatan, bidang peruncitan juga banyak menggunakan aplikasi IoT ini. Ia tidak sekadar pengurusan runcit dan retail sahaja, malah ia boleh dimanfaatkan oleh pengusaha restoran, penghotelan dan perniagaan-perniagaan lain bagi meningkatkan keuntungan.

2.2.3 Bidang kesihatan

 

Dalam bidang kesihatan, peranti IoT digunakan dalam sistem pemantauan kesihatan dimana sistem ini boleh menghantar maklumat kesihatan seseorang itu dengan pantas. Peranti ini memantau tahap tekanan darah, jantung dan sebagainya dan menghantar informasi secara jarak jauh. Ini membolehkan pemantauan dan penjagaan yang lebih baik serta sempurna dapat dibuat.

2.3 Kebaikan dan keburukan IoT

BIL

KEBAIKAN IoT

KEBURUKAN IoT

1.

Data:

Banyak maklumat yang mampu diperolehi menyebabkan pengguna lebih mudah menilai sama ada perkara ini baik ataupun tidak.

Privasi:

Data-data peribadi banyak dipamerkan tanpa kerelaan pengguna

2.

Masa:

Proses pengumpulan maklumat akan lebih cepat tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

Kerumitan:

Sesetengah modul IoT ini memerlukn penjagaan berkala bagi memastikan sistem ini terus berjalan dan beroperasi.

3.

Kos:

Kos bagi membayar kepada pekerja dapat dikurangkan kerana kerja ini telah digantikan dengan mesin.

Keselamatan:

Walau secanggih mana pun sistem ini, ia tidak mampu mengelak dari serangan virus atau penggodam.

4.

Inovasi:

IoT ini merupakan perkara baru namun akan menjadi satu perubahan besar pada masa depan.

Pekerja:

Apabila terlalu banyak penggunaan sistem atau mesin, semakin kurang tenaga kerja yang diperlukan. Dan ini menyebabkan masalah pengangguran dalam masyarakat bertambah

Jadual 1: Kebaikan dan keburukan IoT

 

 

2.4 Contoh Negara pengguna IoT

 

Salah satu negara yang banyak menggunakan teknologi Internet of Things ini ialah Korea. Rakyat korea telah lama mengaplikasikan IoT ini terutamanya di kediaman mereka. Kebanyakkan rumah-rumah disana dilengkapkan dengan teknologi peranti rumah pintar. Dengan peranti ini, penghuni sesebuah rumah mampu mengawal segala peralatan dirumah  walaupun berada dalam jarak yang jauh. Contohnya seperti menyalakan dan mematikan lampu, memantau kawasan sekitar dengan adanya kamera tertutup dan sebagaiya. Negara lain yang banyak mengaplikasikan teknologi IoT ini ialah negara Jepun. Bidang perindustrian di negara Jepun menggunakan teknologi robotik  bagi meningkatkan tahap pengeluaran mereka. Malah pada masa kini Jepun bersedia berkongsi data-data dan maklumat industri mereka kepada dunia luar. Dengan adanya teknologi IoT ini, memudahkan pengilang-pengilang mengurus dan memantau proses pengeluaran dimana peranti dan sensor pada mesin yang dihubungkan dengan internet mampu berinteraksi dengan manusia atau mesin dengan mesin yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

AI (Artificial Intelligent) bahaya ???

  AI dia banyak pecahan. Salah satunya dipanggil machine learning. sebahagian machine learning konsepnya ambil dari macam mana otak kita berfungsi. Itu dipanggil neural network. Dia ada kebolehan untuk belajar dan "menghafal" pattern. AI tu akan jadi bagus modelnya bila ada banyak data. kalau ambil contoh betul, untuk latih AI kenal sesuatu benda minimum 10K gambar kena ada (Kalau nak optimum). Ianya seperti kita mengajar budak kecil kenal buah-buahan, kita akan tunjuk buah tu pada budak dan sebut nama buah tu. Cuma machine learning ni lembab sebab perlukan data yang banyak. Company besar dah banyak invest masuk bidang AI ni untuk memudahkan kerja. Contoh Google, Nvidia dan lain2. Macam2 product yang diorang hasilkan dengan AI ni . Ada yang permudahkan kerja rumit, ada yang boleh membuat kebarangkalian, dan macam2 (Boleh cari sendiri).  Kalau risau tentang AI ni ada 'self-awareness', dia boleh berlaku dengan syarat ada manusia yang sanggup gila2 tahap nak buat kerja t...

Apakah IR 4.0? Adakah ia penting kepada kita semua ?

  1.0       REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)   1.1 PENGENALAN   Dalam era kehidupan manusia masa kini, kita tidak boleh lari dari perkembangan teknologi. Saban  hari teknologi ini makin berkembang dan bergerak dengan pantas. Cara hidup dan tindakan kita juga ditentukan oleh revolusi teknologi ini. Begitu juga dengan perkembangan revolusi industri di dunia kini. Apa yang kita lihat atau kita guna sekarang adalah hasil daripada kesinambungan revolusi industri dari yang pertama dulu. Mengikut sejarah, revolusi industri pertama dulu atau lebih dikenali sebagai Revolusi Industri 1.0 yang berada dalam era tahun 1760-1840 lebih kepada penggunaan mesin. Sekitar tahun 1870-1914 revolusi industri 2.0 mula diperkenalkan dimana pada revolusi ini bermulalah zaman pengeluaran besar-besaran. Pada revolusi 3.0 pula iaitu pada tahun 1960-1999 kita mula diperkenalkan dengan teknologi baru yang lebih dikenali sebagai teknologi digital. Teknologi ini memba...